RTC Gopeng Pioneers Rural Transformation

By Nurul Halawati AzhariKUALA LUMPUR, Jan 19 (Bernama) — Those living in the outskirts within 100 km from Gopeng no longer need to travel to major towns to seek the services of government agencies or to look for opportunities to enhance their income, seek employment, entrepreneurial skills, etc.

All these can be done under a single roof through the Rural Transformation Centre (RTC) in Gopeng, in operations since mid-2011 but set to be officially launched on Feb 18.

RTC is not only an important avenue in facilitating dealings with government agencies but also serves as an integrated services centre encompassing the collection, processing and the distribution of agricultural products, banking and insurance, business consulting services, skills training, healthcare and retail space.

According to Datuk Ibrahim Mohamad, Secretary-General of the Ministry of Rural and Regional Development (KKLW), RTC Gopeng benefit people living within the 100km radius from the centre.

Among the Federal agencies providing their services at RTC Gopeng are the Road Transport Department (JPJ), Immigration, National Registration Department (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Health Clinic and Agro Bank.

The centre also offers the services from the private sector, including Kontena Nasional, which offers logistic services marketing rural products, and DURIA which processes products made from durian. It is also a place for families; KFC Holdings and Mydin have outlets there.

EXISTING INFRASTRUCTURE

RTC is a mechanism under the Rural Transformation Programme, with KKLW and the Ministry of Agriculture and Agro-based Industries (MOA) spearheading RTC throughout the nation.

In addition to RTC Gopeng, the pioneering centre, RTC Kota Baharu in Kelantan has also started operations. RTCs will be expanded with the addition of another four to be opened in Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis(Sarawak) and Pekan Nanas (Johor).

Ibrahim told Bernama that RTCs do not involve new infrastructure and instead utilise buildings belonging to MOA.

“However, not all RTCs will be offering the same services. The services offered depend on the location and their suitability,” explained Ibrahim.

RTC’S MAIN INITIATIVE

RTC is implemented through eight initiatives – skills training for rural people; setting up of the 1Malaysia information kiosks; encouraging value added agriculture; processing of agro foods; managing the agricultural-output supply chain; providing financing facility for rural dwellers; food safety and pharmaceutical services; and the cooperation of higher education institutions.

All information on these initiatives is available at the five information kiosks and at the centre.

The 1Malaysia information kiosk, for example, serves as a one-stop portal for those who seek information on various ministries and agencies.

There are also KKLW kiosks that display the Infodesa information page, along with the information on the agencies under KKLW, while Kiosk Jobs Malaysia will help both job seekers and employers.

The Agricultural-Food Business Development Kiosk allows the public to access information on agricultural food business development.

The 1Malaysia Smart Consumer Portal allows consumers to discuss consumer issues in an interactive forum – sucah as the current price forum, Pricewatch, and the consumer SMS application service.

Visitors also can seek information on numerous government departments through the MyEG kiosk.

TRAINING AND EXPERTISE

As the implementer of RTC, KKLW has opened the avenue for the rural dwellers to seek continuous training opportunities at the RTC centres that in the long term will help them improve their economic standing.

Among the training provided are entrepreneurship, entrepreneurial motivation , packing and branding, product presentation, managing animal feed, fertigation techniques, air-conditioning repair and welding skills.

“These training programmes will be supervised by Majlis Amanah Rakyat (MARA). Last year 15 skills training courses were conducted at RTC Gopeng,” said Ibrahim.

COME FOR THE LAUNCH

The RTC programme will be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on 18 Feb. A turnout of 30,000 is expected at the centre in Gopeng.

The public are invited to the festivities during the launch to be held from 16-19 Feb. Numerous exhibitions have been lined up at the RTC relating to public agencies, employment opportunities, product and services demonstration conducted by numerous agencies.

Ibrahim hopes that the rural dwellers will capitalise on the services provided by the RTCs, not only carrying out transactions but also to learning skills to improve their economic standing.

-BERNAMA-

RTC Gopeng Merintis Transformasi Luar Bandar

Oleh Nurul Halawati AzhariKUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Penduduk luar bandar dalam lingkungan 100 km dari Gopeng kini tidak perlu ke bandar-bandar utama untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan atau untuk mencari peluang meningkatkan pendapatan, mencari pekerjaan, menambah ilmu keusahawanan dan sebagainya.Semuanya boleh dilakukan di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas dan akan dilancarkan dengan rasmi pada 18 Feb ini.

RTC bukan sahaja bertindak sebagai wadah penting dalam memudahkan pelbagai urusan penduduk luar bandar tetapi juga menjadi pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan serta ruang niaga.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ibrahim Mohamad, RTC Gopeng diwujudkan khusus demi kemudahan semua penduduk dalam lingkungan 100km dari pusat berkenaan.

Antara agensi Persekutuan yang menawarkan perkhidmatan di RTC Gopeng ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Klinik Kesihatan dan Agro Bank.

Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan pihak swasta seperti Kontena Nasional yang menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk dan khidmat syarikat DURIA untuk pemprosesan produk buah durian. Ia juga boleh menjadi pusat kunjungan sekeluarga; KFC Holdings dan Mydin juga membuka operasi di sana.

PRASARANA SEDIA ADA

RTC ialah satu daripada mekanisme di bawah Program Transformasi Luar Bandar dengan KKLW dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetuai pelaksanaan program RTC di seluruh negara.

Selain RTC Gopeng yang merupakan perintis, RTC Kota Baharu (Kelantan) juga telah beroperasi sepenuhnya. RTC akan diperluas dengan penambahan empat buah lagi RTC yang bakal dibuka di Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis(Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor).

Ibrahim memberitahu Bernama bahawa RTC bukanlah sebuah prasarana baru sebaliknya ia dilaksanakan dengan menambah baik bangunan-bangunan sedia ada milik MOA.

“Bagaimanapun, setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Khidmat yang ditawarkan bergantung kepada lokasi dan kesesuaiannya,” jelas Ibrahim.

INISIATIF UTAMA RTC

RTC akan dilaksanakan melalui lapan inisiatif utama – latihan kemahiran bagi penduduk luar bandar; penubuhan kios maklumat 1Malaysia; pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan; pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian; kemudahan pembiayaan kewangan bagi penduduk luar bandar; khidmat keselamatan makanan dan farmaseutikal; dan jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.

Kesemua maklumat mengenai inisiatif ini lebih mudah diperoleh dengan kewujudan lima kiosk maklumat dan orang ramai boleh mendapatkannya di pusat berkenaan, yang dirancang menjadi pusat maklumat setempat.

Kios maklumat 1Malaysia misalnya akan berfungsi sebagai pusat maklumat setempat untuk pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Terdapat juga kiosk KKLW yang memberi maklumat Infodesa dan agensi-agensi KKLW. Kiosk Jobs Malaysia untuk perkhidmatan peluang pekerjaan dan peluang majikan mendapatkan pekerja.

Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian-Makanan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembangunan komuniti perniagaan makanan pertanian.

Di Kiosk Portal 1Malaysia Pengguna Bijak pula, pengguna boleh berbincang menerusi forum interaktif isu-isu kepenggunaan. Misalnya forum harga semasa Pricewatch dan perkhidmatan aplikasi SMS pengguna.

Selain itu pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat agensi awam menerusi Kiosk MyEG.

LATIHAN DAN KEMAHIRAN

Sebagai satu daripada kementerian yang menjadi pelaksana RTC, KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan kawasan sekitar bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup.

Antara latihan yang ditawarkan ialah keusahawanan, motivasi keusahawanan, pembungkusan dan penjenamaan, persembahan produk, pengurusan makanan ternakan, teknik fertigasi, kemahiran baikpulih pendingin hawa dan kemahiran teknologi kimpalan.

“Latihan-latihan ini akan diselia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Contohnya tahun lalu, 15 kursus latihan dan kemahiran dijalankan di RTC Gopeng,” kata Ibrahim.

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Program RTC ini akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Feb. Dianggarkan seramai 30,000 orang akan mengunjungi pusat berkenaan.

Orang ramai dijemput hadir ke sambutan pelancaran ini yang akan berlangsung dari 16-19 Feb. Terdapat pelbagai pameran yang diatur sempena perasmian RTC berkaitan agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan akan dijalankan oleh pelbagai agensi.

Ibrahim berharap dengan kemudahan yang disediakan, penduduk luar bandar dapat menggunakannya sebagai peluang dalam meningkatkan pendapatan, mencari peluang pekerjaan, menambah ilmu keusahawanan dan sebagainya.

-BERNAMA-

Hari Peladang Penternak dan nelayan Kebangsaan 2011

Apakah objektif sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2011.

Memupuk semangat dan memperbaharui azam para peladang,

penternak dan  nelayan untuk berusaha dengan lebih giat lagi

dalam meningkatkan kualiti dan pengeluaran hasil-hasil dalam sektor pertanian.

Sambutan  HPPNK juga adalah untuk mempamerkan serta mempromosikan teknologi terkini bagi tujuan  ke arah transformasi dan pemodenan sektor pertanian.

Disamping itu HPPNK juga menjadi sebagai ” focal point” untuk bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada mereka yang terlibat dan juga berminat dalam sektor pertanian.

Konsep sambutan HPPNK  tahun 2011.

Perayaan adalah dalam bentuk  ”trade fair  dan festival dan juga carnival. Memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini  dan peluang-peluang pelaburan dalam sektor pertanian.

Seperti sambutan pada tahun-tahun yang lepas – di mana sektor swasta turut diberi peluang untuk turut serta dan berkongsi kepakaran dan pengalaman.

Mewujudkan perkongsian bistari antara sektor swasta, kerajaan dan usahawan tani.

Memperkenalkan produk-produk  dan teknologi baru  yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak yang bergiat dalam bidang pertanian.

Aktiviti-aktiviti sepanjang perayaan HPPNK 2011.

  1. Aktiviti utama ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan peladang, penternak dan nelayan jaya tahun 2011.
  2. Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan pada 13 Januari 2011 di Hotel Bukit Merah Laketown Resort, Gunung Semanggol, Perak. Melibatkan  lebih 300 orang  pemimpin dan usahawan tani dari seluruh negara.
  3. Pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri.
  4. Pameran dan jualan oleh sektor swasta.
  5. Pameran teknologi pertanian moden – dalam bidang kejenteraan pertanian dan juga peralatan-peralatan   moden dan terkini.
  6. Promosi dan jualan  hasil-hasil pertanian, IAT, ternakan dan akuakultur.
  7. Pameran Ternakan.
  8. Pertandingan Ikan Hiasan.
  9. Acara Kebudayaan
  10. Forum Perdana Ehwal Islam.
  11. Ceramah Perdana 1 Malaysia

Tema HPPNK

TRANSFORMASI PERTANIAN   PENERAJU EKONOMI NEGARA


Tema ini dipilih bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi melalui transformasi pertanian yang merupakan salah satu sumber utama ekonomi negara. Kearah ini, kita sebagai pendokong usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan hendaklah berganding bahu menggembleng tenaga bagi menjana pendapatan dalam bidang pertanian agar ianya kukuh dan sumber ekonomi jangka panjang Negara. Ia juga memberi gambaran bahawa Kerajaan begitu komited untuk mentransformasikan sektor pertanian ke arah sektor yang moden, dinamik, inovatif dan kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia selaras dengan Dasar Agra makanan Negara, peneraju ekonomi dan menjana pendapatan Negara.

National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4)- Rural Transformation Centre (RTC)

 National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4)- Rural Transformation Centre (RTC)

KARNIVAL INDUSTRI ASAS TANI DAN PERASMIAN PASAR RAYA MY AGRO HYPERMART

KARNIVAL INDUSTRI ASAS TANI DAN
PERASMIAN PASAR RAYA MY AGRO HYPERMART
OLEH YB DATUK SERI NOH BIN OMAR
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PADA 8 JANUARI 2012
 
DI MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG
(MAEPS), SERDANG, SELANGOR
 
 
MAJLIS BERLANGSUNG DARI 6 HINGGA 8 JANUARI 2012
JAM 10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
 
·       DISKAUN 20% PRODUK IKS
·       BERMESRA BERSAMA UPIN & IPN / PAMERAN
·       JUALAN HASIL DAN PROSUK PERTANIAN
 
 
 
MASUK PERCUMA, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI